Wednesday, August 19, 2009

Ulasan Perlawanan Dettol mlw Victory

Cyberjaya 18 August - Hari tidak selalu terang. Kadang kala mendung, hujan turun dan banjir. Itulah yang terjadi kepada Dettol ketika melawan Victory dimana Victory telah dapat menamatkan rekod tanpa kalah Dettol.

Separuh masa pertama amatlah goyah buat Dettol apabila ketidak seimbangan permainan di padang membuat Dettol terbolos 2 gol hasil jaringan Pak Arab Victory. Semua seperti tidak mengena dengan Dettol agak rapuh dihadapan penyokong tempatan. Bahagian pertahanan kiri dan kanan telah dimakan oleh Pak2 arab. Tapi berkat usaha dan doa para penyokong dettol untuk melihat Dettol bersaing semula membuatkan pemain2 bermain bermati matian untuk mengekori rentak lawan. Syukur hasil bentesan kaki dan lakonan mantap Sharvinan membuat Dettol bangkit menggegarkan jaring lawan dengan tendangan penalti untuk menjadikan kedudukan 2 - 1. Tidak dilupakan keajaiban Bobot Kapten Dettol menyelamatkan penalti selepas bola terkena tangan Syahir. Siapa akan dapat melupakan larian pantas Syahir seperti Unta mengejar tuannya bagi menghalang jaringan lawan.

Separuh masa kedua bermula dengan lebih baik dimana bola berpihak kepada kedua dua belah pihak. Pemain semua begitu semangat bagi menjaring kan gol penyamaan. Malang tidak berbau. Bola bulat bergolek laju menerjah gawang Dettol menjadikan kedudukan 3-1. Tapi Dettol tidak mengalah. Mereka terus berlawan. Semangat mereka seperti mengambil supp paper. Semua tidak mahu gagal. Meraka terus berlawan habis habisan. Percubaan terakhir Che Mat dari luar kotak penalti kiri tersasar sedikit dan lipatan basikal rantai putus Amir teves mampu ditangkis pihak lawan.

Credit harus diberikankan kepada Dettol kerana sememangnya Fizikal and Kelajuan pemain-pemain Victory perlu diberi pujian. Sepanjang musim ini Dettol bermain lebih baik. Penuh dengan team work dan semangat. Taktikal lebih bagus. Hanya nasib sahaja tidak meyelebelahi pasukan.

" Bersatu teguh bercerai roboh "

Majulah sukan untuk negara.

1 Malaysia

Dettol 1 - 3 Victory



line up

Adli(C),Syahir,Aziwan(Paan),Syam,Song Wei,Anis(Faiq),Luqman,Reza,Che Mad,Shahrom(Andi),Sharvin (Ammir)

No comments: